Thursday, 21 October 2010

Pengalaman Solat hajat di Johor

Sesuatu yang pelik dan ingin dikongsi di Johor ialah Solat Hajat .

Pertama sekali bila saya menghadiri majlis solat hajat di salah sebuah surau di Johor Bahru untuk pelajar-pelajar SPM dan PMR tahun 2003, saya pelik setelah ibu bapa dan pelajar yang datang untuk solat hajat semuanya berada dalam saf, tiba-tiba imam menyebut niat masing-masing dan diminta solat masing-masing. Pelik kerana inilah pertama sekali saya jumpa.

Mengapa pelik?

pertamanya kerana ketika itu makmum berada dalam saf.
keduanya imam berada dihadapan.
Ketiganya mengapa kita senua dijemput datang beramai-ramai atas tujuan sama, tapi solat masing-masing.
keempatnya yang paling penting ialah sahkah solat yang diniatkan masing-masing tanpa mengikut imam (munfaridan) tapi disegi amalinya atau pergerakannya mengikut imam. Sudah pastinya solat tersebut batal kalau mengikut pergerakan imam tapi tidak diniatkan makmuman.
Peristiwa ini tidak di surau ini sahaja tetapi program yang dianjurkan Parti PAS yang diikuti isteri pun sama juga dia cakap. Ma Sya'a Allah.

Betullah solat hajat tidak termasuk dalam solat-solat yang disunatkan berjemaah. Tetapi kalau ya pun tak nak berjemaah, buatlah masing-masing seperti solat sunnat rawatib yang masing-masing musalli datang ke masjid kemudian solat masing-masing sementara menunggu iqamah atau selepas fardu, masing-masing bangun solat sunnat. tak perlulah masuk dalam saf dan imam di saf depan yang biasanya dijemput dikalangan ustaz. Atau isytiharkan sahaja kepada ibu bapa atau para peserta yang hendak diadakan program solat hajat, buatlah masing-masing dirumah dan doakan masing-masing.

Kenapa susah benor nak niatkan berjemaah dan solat hajat secara berjemaah ?

Di segi hukum pun, solat yang tidak disunatkan berjemaah harus hukumnya berjemaah. Ada hadis nabi yang menunjukkan demikian. Maksudnya, solat hajat boleh dilakukan secara berjemaah. Apatah lagi sudah barang tentu tujuan diadakan majlis atau program solat hajat pun menunjukkan kepada hajat dan keperluan makmun yang nak dipohonkan kepada Allah adalah sama. Ambillah kesempatan dari kaharusan berjemaah ini untuk direalisasikan tujuan program solat hajat tersebut.

Walau bagaimana pun keharusan ini dia tak boleh lebih tarafnya, sehingga ada pula Imam yang membaca secara kuat (jahriyyan). atau bilal iqamatkan atau menyebut "salatul jamaah" untuk menjemput makmum.

Agak-agaknya dari mana punca di Johor solat masing-masing dalam satu program atau majlis?

Setelah bergaul dengan orang-orang Johor baru saya kenal pasti kenapa terjadinya demikian? pada saya lah, munkin kata-kata imam yang menyebut "niat masing-masing" antara punca salah faham ini. perkataan "niat" boleh diertikan niat solat. tetapi dalam percakapan harian perkataan "niat" bermaksud doa, jadi niat masing-masing bermaksud doa masing-masing.

munkinlah salah faham inilah permulaan lahirnya solat hajat dilakukan secara masing-masing kerana arahan niat masing-masing memberi erti solat masing-masing, walaupun pergerakan makmun dan imam hampir serupa.